cahayaair.com

CAHAYAAIR.COM blog gambar berkongsi mengenai gambar pelik,gambar ngeri,gambar seram,info terbaru,fakta,isu panas | Weird Picture,weird fact

Apabila watak "KAUM NABI LUTH" muncul kembali!!!

Advertisement

Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka " Mengapa kamu tidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ".


Kaum Nabi Luth adalah kaum Homoseks dan lesbian yang minat seks sesama jenis. para lelakinya hanya berminat dengan upacara meliwat antara lelaki dan lelaki.


" Dan ( Kami juga telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya ). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (didunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu ( kepada mereka), bukannya kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ."(QS Al A'raaf 80-82).

Aktiviti Homoseks di situ adalah norma- norma kehidupan seolah -olah seperti makanan ruji mereka. Maka Allah pun memerintahkan supaya Nabi Luth meninggalkan Kota Sodom dan membawa dengannya sekali mereka yang patuh.Isteri Nabi Luth bagaimana pun terpengaruh dengan Penduduk Bandar Sodom.

Allah kemudian menurunkan balanya. Kota Sodom yang berada di tepi Laut Mati(Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Jordan.Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava)kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut tsunami yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka habis kaum Nabi Luth pun dihancurkan.


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan perkahwian homoseksual oleh seorang bekas pelajar tajaan petronas iaitu Ariff Alfian Rosli dan dia mendakwa masih menjadi muslim sejati.Boleh lihat gambar diatas gambar perkahwinan dia.

Salah satu tanda-tanda akan berlaku kiamat adalah akan muncul golongan homoseksual ini semuala seperti zaman Nabi Luth pada akhir zaman.Perkara ini bukan sahaja baru terjadi tetapi telah lama bertapak dibarat.Hanya baru-baru ini sahaja negara kita telah digemparkan oleh isu ini.

"Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya yang paling aku takuti terjadi pada umatku adalah melakukan perbuatan seperti kaum Nabi Luth. Hadis Riwayat Ahmad."

Adakah kita bersedia untuk menempuh sebarang ujian atau bala yang akan diturunkan oleh Allah sama seperti kaum Nabi Luth?


“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
 
Copyright © 2014 cahayaair.com - All Rights Reserved
Template By.